About Me

My photo
Janda Baik, Pahang, Malaysia
Memperjuagkan bahasa Melayu supaya menjadi wahana memandaikan bangsa.

Sunday, June 27, 2010

Kuliah 1: 18 Jun 2010, Peserta dan Sinopsis Kursus

Peserta

1. Normidza Binti Md Kamel (hadir)
2. Ros Haslinda Binti Mohd Mohyi (hadir)
3. Norhana Binti Abdul Rahman Ngau (hadir)
4. Diana Binti Jumadi (hadir)
5. Nor Fadzilah Binti Delmi (hadir)
6. Fazlina Iliani Binti Ismail (hadir)
7. Azmil Bin Ahmad Sehab (hadir)
8. Sufida Binti Abdul Latif (hadir)
9. Nurul Hanani Binti Yarahim (hadir)
10. Suhaimi Bin Jamudin (hadir)


Sinopsis Kursus

1. Pelajar diperkenalkan kepada falsafah nahu secara umum (Jesperson, 1968). Dengan ini mereka akan mempelajari prinsip-prinsip umum dalam memahami bentuk dan fungsi dalam struktur (pola) ayat dan perkataan yang dideskripsi dalam tatabahasa. Tumpuan diberi kepada pemahaman konsep ciri-ciri sejagat dan yang khusus kepada bahasa Melayu. Dua buah tatabahasa Inggeris, iaitu A University Grammar of English (Quirk dan Greenbaum (1978) dan Collins Cobuild English Grammar (2002) akan juga digunakan untuk memperjelas bentuk dan fungsi ini.

2. Ini akan diikuti dengan meneliti tatabahasa yang ada, iaitu: Tatabahasa Dewan (Nik Safiah et al., 1995), Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (Moeliono et al., 1988), Pelita Bahasa Melayu 1, 2, & 3 (Za’ba, 1953), Nahu Melayu Mutakhir (Asmah Omar, 1993), Tatabahasa Bahasa Melayu Baku (Asraf, 1995), Tatabahasa Bahasa Malaysia (Arbak, 1981), Tatabahasa Melayu Moden (Alisjahbana, 1961), Tatabahasa Pegangan (Mukhtaruddin, 1985), Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna (Sulaiman & Ahmad Khair, 2002) dan Tatabahasa (Morfologi dan Sintaksis) Melayu (Abdullah, 2002). Tatabahasa lain dan kajian di universiti seperti karya Nik Safiah, Mashudi, Wong, Sanat, Abdul Hamid, dll. akan juga dirujuk. Buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan 1-5 akan juga diperhatikan.

3. Pelajar akan mencari persamaan dan perbezaan ciri-ciri dan butir-butir dalam semua tatabahasa di atas. Mereka akan belajar secara kritis untuk mencari dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah yang wujud.

4. Dalam hal ini pelajar akan diperkenalkan kepada kaedah berhujuah mengenai sesuatu hukum nahu secara logik, dan membentuk hukum tatabahasa secara saintifik. Ini dilakukan secara menganalisis data daripada korpus yang mengandungi sekurang-kurangnya 1 juta perkataan. Mereka akan mencontohi kaedah yang dilakukan oleh Collins Cobuild English Grammar. Ini akan mengelakkan mereka daripada menyatakan pendapat sarjana lain yang tidak menggunakan data.

5. Pelajar akan menerapkan hasil pemerhatian mereka dalam kurikulum, penghasilan tatabahasa pedagogi dan juga keseluruhan proses P&P.

No comments:

Post a Comment